Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa
cenderung melakukan kesilapan...Berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan...Serta insan yang mampu memberi teguran apabila dia melakukan kesilapan...Kerana manusia itu diciptakan saling memerlukan antara satu sama lain...




"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya , dalam barisan yang teratur rapat seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh...."

[As_SaFF Ayat 4 ]

Interview JPA



Malam sebelum interview...


1. Pastikan anda mengetahui segala informasi terkini
..dpatkan segala maklumat dr pelbagai sumber seperti akhbar dan internet..bagi mereka yang jarang baca akhbar atau malas-malas utk cari maklumat di internet,then ini la masanya..gunakan segala kemudahan yang ada utkmembantu anda dlm mencari maklumat..apa yang perlu anda tahu? Hmm isu-isu semasa,lagi-lagi tentang institusi pendidikan di Malaysia..cara lain,bincang dgn rakan-rakan sama ada melalui ym atau email..boleh juga tanya kepada mana-mana senior..


hmm ok,sy kongsi kat sini beberapa tajuk perbincangan ketika zaman kami dahulu ...sy interview housemates saya

Radin: isu wanita berkerjaya
Aimi: program reality tv..wajar atau tidak?
Chep: ada dua..modal insan dan isu memakai uniform ke sekolah,wajar atau tidak
Aisyah: hukuman sebat utk ‘Mat Rempit’..wajar atau tidak?
Asyila: keruntuhan akhlak dlm kalangan remaja dan ‘outdoor activities’
Saya: wang dan cinta


Kesimpulannya kalian perlu peka dgn isu semasa bagi memastikan kalian dapat menjawab soalan para penemu duga dgn baik nnt..
Tempoh masa utk mencari maklumat: sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari interview

2. Pilih pakaian anda yang terbaik..utk lelaki macam biasa,kemeja dan bertali leher,berkasut
Utk perempuan,sy sarankan berbaju kurung,berkasut dan nampak kemas..sehari sebelum hari temuduga,pastikan semua sudah siap digosok,jangan masa pagi interview baru nk kelam kabut gosok baju,baru nak cari kasut..senang cerita,jgn suka buat kerja last minute..nampak tak bagus dlm pengurusan masa..biar kita siap semua awal,pagi sebelum interview biar dpt tenangkan diri banyak2..kan begini lebih baik?

3. Pastikan semua dokumen-dokumen yang diperlukan telah siap dikemas..sediakan 2 folder..satu utk dokumen yg sgt penting seperti IC,surat beranak,maklumat ibubapa,surat tawaran temuduga etc..satu lagi utk dokumen berupa sijil-sijil kokurikulum berserta salinan sekali..pastikan anda letak semua dokumen ini di sebelah katil..oh ya,sediakan juga alat tulis..mcm tahun lepas,kami ada ujian minat kerjaya..ada alat tulis sendiri senang,tak payah sibuk-sibuk pinjam org lain punya kan?

4. Malam sebelum interview,tidur awal..paling awal pukul 10pm,paling lambat pukul 11pm..jangan berjaga sehingga lewat mlm..tidur awal utk merehatkan otak supaya fresh bila bangun keesokan pagi..sebelum tidur digalakkan utk memohon maaf kepada semua ahli keluarga,guru,sahabat-sahabat, dan kenalan,minta mereka doakan kita moga dipermudahkan urusan temuduga nnt....jangan lupa utk berdoa banyak-banyak sblm tidur,tenangkan hati then pejamkan mata..tidurlah..


Pada pagi interview yang mendebarkan..


Di rumah...


1. Bangun awal..tunaikan kewajipan harian seperti biasa..solat subuh,Al-Qur’an dan mathurat..moga hati menjadi terang

pengalaman: terus terang,sy tak dapat tidur dgn nyenyak mlm sebelum interview,,terjaga pon di awal pagi..buka-buka mata je terus mandi,solat,bersiap dan terus bertolak dr rumah..

2.Pastikan masa interview anda bermula pukul berapa..jika ia mula pada jam 8 pagi maka perlu bertolak dr rumah selewat-lewatnyanya sejam sebelum tu..tapi jika rumah agak jauh dr pusat temuduga,sy sarankan lepas subuh terus bertolak dr rumah..maklumlah,hari kerja,tak mahu tersangkut di mana-mana pula nnt..

pengalaman: mcm saya tahun lepas,temuduga mula jam 9 pagi,tapi oleh kerana putrajaya yang agak jauh dr Gombak,jadi sy keluar rumah lepas subuh..mujur ada mak dan ayah yang sanggup mengambil cuti semata-mata utk menemani sy ke interview..mereka pon berdebar agaknya..mcm saya..

3. Sebelum keluar rumah,minta restu ayah ibu..

4. Pastikan anda bersarapan pada pagi tu..jangan biarkan perut kosong..nnt takde tenaga nk jawab soalan2 yang mencabar..kalau tak sempat nk breakfast di rumah,bawalah bekal,sekurang-kurangnya nya 4 keping roti serta susu..kalau tak sempat nk bawa bekal juga,singgahlah di mana-mana nnt..pasti ada kedai makan di pusat temuduga tu..

pengalaman: sy tak sempat utk sarapan di rumah...sampai di putrajaya sejam sebelum masa temuduga,jadi kami bersarapan dulu di situ..memang tak selera nak makann..beberapa suap mee yang mampu ditelan..terus minum air..tak mkn banyak2,takut muntah pula..


Di pusat temuduga


1. Sampai-sampai saja di tempat interview,bersegeralah mencari papan kenyataan yang memaparkan nama-nama calon temuduga..ada tulis di disitu nama,no IC serta no bilik interview..pastikan tak salah tgk..takut salah bilik..kang cemas tak tentu hala..tak perlu cr nama kawan-kawan,nama sendiri pun dah cukup.. pastikan anda dlm kumpulan yang keberapa.. bila dah tgk nama,terus ke bilik interview yang telah dinyatakan..

pengalaman: sesampainya saya di sana,terus nampak aimi dan radin..rupa-rupanya kami temuduga pada hari yang sama..terus periksa nama dan no bilik kami..oleh sbb nama saya ada ‘wan’ di depan,jadi teman-teman dlm kumpulan sy pun semuanya ‘wan’..mcm tu jugak mcm aimi..semua ahli kumpulannya semua siti..maknanya kemungkinan besar,kmpulan interview ditetapkan mengijut urutan nama..bukan mengikut bidang..tak tahu la pula system tahun n mcm mana..lepas tgk nama,sy terus ke bilik ujian..ada ujian kerjaya..usah khuatir,ujian ini hanya ingin betul memastikan adakah kita bersesuaian dgn bidang yang kita pilih..kemungkinan besar tidak mempengaruhi interview kita..terpulang mahu buat bila ujian ni..kalau interview mula lambat lagi,maka disarankan utk buat ujian tu dulu..kalau nak buat kemudian pun tak mengapa rasanya..hmm tanyalah pada petugas2 di sana nnt..

2. Bila sudah setel semuanya,dipersilakan utk ke bilik interview..selesakan diri anda dgn berbual bersama rakan-rakan lama mahupun teman-teman baru..dpt tenangkan diri..beramah mesra dgn ahli-ahli kumpulan..ye la,kalian bakal bersaing utk mendapatkan scholar dlm interview nnt..apa salahnya dapat kenal serba sikit each other sebelum ‘bertanding’ kan..pastikan juga bahawa semua dokumen-dokumen penting ada bersma anda berserta sebatang pen..

pengalaman: dlm kumpulan saya ada lima org semuanya..3 lelaki dan dua perempuan..masa tu,sy tak kenal lagi 3 lelaki tu..jadi sy sempat berkenalan teman perempuan ni sorg je..itupun sy dah tak ingat namanya..kecil molek orgnya..agak gementar kami masa tu sbb kami je perempuan dan bakal bersaing dgn lelaki-lelaki yang hebat-hebat ..teman sy ni agak fasih speaking..tapi sy relakskan diri..yakin dgn kemampuan diri..yakin akan buat yang terbaik dlm temuduga nnt..ketika grup kami dipanggil utk masuk,kami mengucapkan selamat berjaya di antara satu sama lain...berdebar sgt masa tu..hanya ucapan selawat melekat di bibir..


Dlm bilik temuduga.. ;)

1. Beri salam dan ucapan selamat pagi/tengahari kepada para penemuduga..senyum senyum


2. Mengambil tempat duduk mengikut urutan nama yang telah ditentukan..Duduk dengan tenang,seperti biasa,selesakan diri..senyum dengan para penemuduga..senyum seikhlas hati,jgn mcm kerang busuk ya..


3. Jika ada tertinggal apa-apa barang di luar, minta izin dgn penemu duga bahawa anda ingin keluar..mesti bg keluar punya..penemu duga bukan lah harimau yang mkn org..nampak je mereka n serius,sebenarnya ok je..hehe..apa pun,tenangkan diri..jgn cepat gabra ya.. pengalaman: masa tu rakan-rakan sy terlupa nk bawa alat tulis..hanya sy saja yang bersedia dgn pen di tangan..bersedia utk diuji..jadi teman-teman sy yang lain smua dibenarkan utk keluar utk ambil apa yg patut..setelah semuanya setel,akhirnya interview dimulakan..


4. First thing,perkenalkan diri.. jika interviewer tanya dlm bahasa,then perkenalkan diri dlm bahasa..jika mereka tanya dlm English,then introduce urself in English..jangan ditanya dlm bahasa,kita sibuk2 nak jwab dlm English..takut yang lain pula jadi..

pengalaman: sy disuruh utk perkenalkan diri dlm English..hanya ceritakan apa yg mereka mahu saja..nama penuh,sekolah,bidang yang mahu sambung,tarikh lahir,hobi,idola,pencapaian tertinggi dlm kokurikulum etc..

kalau mereka mahu mengetahui dgn lebih lanjut,jawab secara spontan, dgn senang hati..seolah-olah anda pun mahu berkongsi dgn mereka tapi tak usah la sampai meleret-leret.. jgn lupa utk senyum sentiasa..jgn serius pula sepanjang temuduga tu..

pengalaman: masa tu interviewers betul-betul berminat dgn pencapain sy yang berjaya mendaki gunung kinabalu..dan ada juga mereka tanya pasal idola..biar sy dan mak je yang tahu siapakah idola sy..hehehe


5. Bila selesai sesi perkenalkan diri,sesi yang ditunggu bermula iaitu sesi perbincangan dlm kumpulan.. sama ada berbincang dlm bahasa atau English,terpulang mengikut interviewers..sesi ini bakal menguji kita sebenarnya...dan sy rasa,penilaian terhadap diri kita sebenar bergantung kepada sesi ini..masa ni la karakter diri kita akan terserlah..akan mula nampak perwatakan seseorg yg sebenar..bila kena berbincang,kita kena libatkan diri 100%..tak bermaksud,hanya kita yang bg idea atau bercakap..kena dgr juga pendapat org lain,minta izin dgn interviewers kalau tak setuju dgn pendapat rakan-rakan atau ingin suarakan pendapat sendiri..dan bila diberi peluang utk mengutarakan pendapat,kemukakan pandangan dgn yakin.. jgn nak menyampuk bila org lain sedang berikan pandangannya..bukan bergaduh ya..jgn salah faham..anggapla kalian sudah lama kenal antara satu sama lain dan sedang berbincang satu isu yang sgt menarik..oh ya,jgn pula diam membisu tanpa beri sebarang pandangan..kalau anda ni seorg pendiam,sekurang2nya,jadilah seorg yang aktif masa interview ni..anda hanya jadi ‘bising’ time ni je..hehehe..suarakan pendapat anda,jgn malu atau takut diketawakan..jgn lupa..SENYUM..bila senyum,mesti rasa lagi tenang,lagi selesa,lagi sronok utk berbincang.


Pengalaman: tajuk yang diberi pada kami masa tu..”wang dan cinta,mana yang lagi penting”..adoii,tak sangka sungguh kami diuji dgn tajuk ini..sy dah tetapkan dlm hati tentang dlm pilihan sy..teruk juga sy diketawakan oleh rakan 2 masa tu..mereka fikir sy kolot kot..hehe..kuno sgt ke pemikiran ni?hehehe..takpe2..walaupun hanya sy sorg je berpendapat mcm tu,sy tetap dgn pendirian sy..hehe..akhir sekali semua akur dgn jawapan sy..hehe..”ye la cik fathiyyah,nnt kamu kahwin la dgn lelaki yang tak perlu bekerja ya..cinta lagi penting kan..”kata salah seorg penemu duga sambil tersenyum melihat saya..beliau senyum,sy pun senyum balik..senyum tanda puas hati..

p/s: aih,sy tengah senyum-senyum bila tulis tentang ni..seronok bila kenang balik masa tu..pengalaman yang tak dpt dilupakan..


6. Bila dah habis semuanya,lega...boleh la keluar..jgn lupa ucapkan terima kasih kepada penemu duga..hehehe..keluarkanlah diri anda dgn perasaan puas hati...ucapkan dgn Alhamdulillah..huhu..legaa~


Ok,tugas sy hampir selesai..pakatan sy juga hampir tamat..huhu..idea utk berkongsi pengalaman dan tips-tips interview ni timbul sejak junior-junior sy dapat result spm lagi..bersemangat betul sy ni kan?sementara belum sibuk-sibuk utk final exam ni,sy lapangkan hati utk menulis semua ni..moga memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya..maaf andai terlalu panjang entry ini..n jika ada sesiapa sahaja yang mahu membuat pembetulan atau penambahan,ia amatlah dialu-alukan..sebarang komen yang membina diri juga sy tunggu..

rujukan :
www.fathiyyah.blogspot.com





0 ulasan:



Catat Ulasan